Perancis Wartakan Undang-undang Pemulangan Artifak Diperoleh secara Haram

(CRI)Isnin 11 Mei 2026

Presiden Perancis Emmanuel Macron secara rasmi mewartakan undang-undang berkaitan pemulangan artifak yang diperoleh secara haram pada Sabtu.

Rang undang-undang (RUU) berkenaan diluluskan Parlimen Perancis pada 7 Mei, dengan tujuan mempermudah prosedur pemulangan artifak yang diambil semasa zaman penjajahan kepada negara asal.

RUU itu memberi tumpuan kepada artifak yang diperoleh dalam tempoh antara 20 November 1815 hingga 23 April 1972.

Video