“Makan mi Yunnan di Kunming pada sebelah pagi, kemudian makan mi Laos di Vientiane pada sebelah malam. Ini dah menjadi satu trend popular bagi pelancong,” kata Wang Yubo, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan juga gabenor provinsi Yunnan pada 10 Mac.
Persidangan Kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) melabuh tiraunya di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi, diserikan dengan kehadiran barisan pemimpin negara yang diketuai Presiden Xi Jinping.
Sejak Persidangan Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 membuka tirai pada 4 Mac, lebih 2,000 orang anggota daripada 34 kalangan telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan mengenai urusan negara bagi menjana inisiatif impak sosial yang berkaitan. Setakat pukul 8 malam 5 Mac, usul yang sudah diterima persidangan itu meningkat ke 5,898, dengan 5,006 antaranya sudah lulus dalam pemeriksaan dan difailkan menurut peraturan CPPCC.
Biar apa jua percubaan politikus Barat untuk memburuk-burukkan situasi hak asasi manusia di Xinjiang, retorik mereka tidak akan menghalang wilayah autonomi itu daripada membuka pintunya dengan lebih luas kepada dunia.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2024 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang