Trend Baharu: Pagi Makan Mi Yunnan, Malam Makan Mi Laos

Penumpang yang menuju ke Laos menaiki tren Kereta Api China-Laos di Stesen Kunmingnan di provinsi Yunnan, barat daya China, 14 Februari 2024. (Xinhua/Hu Chao)

“Makan mi Yunnan di Kunming pada sebelah pagi, kemudian makan mi Laos di Vientiane pada sebelah malam. Ini dah menjadi satu trend popular bagi pelancong,” kata Wang Yubo, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan juga gabenor provinsi Yunnan pada 10 Mac.

Delegasi provinsi Yunnan mengadakan perbahasan terbuka semasa berlangsungnya persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14. Menjawab soalan pemberita, Wang berkata sepanjang lebih 2 tahun Kereta Api China-Laos beroperasi, jumlah penumpang bulanan meningkat daripada 600,000 kepada 1,800,000. Sehingga akhir Februari tahun ini, laluan rel tersebut telah membawa lebih 29 juta penumpang dan mengangkut lebih 33 juta tan kargo.

Wang berkata, perkhidmatan pengangkutan Kereta Api China-Laos melibatkan 12 negara dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan bandar-bandar utama China. Kategori barangan yang dihantar rentas sempadan telah meningkat daripada 10 jenis seperti getah dan baja kimia, kepada lebih 3,000 jenis termasuk barangan elektronik, peralatan fotovolta, kereta dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan