Usul yang Diterima Persidangan ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Meningkat ke 5,898

(CRI)Ahad 10 Mac 2024

Sejak Persidangan Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 membuka tirai pada 4 Mac, lebih 2,000 orang anggota daripada 34 kalangan telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan mengenai urusan negara bagi menjana inisiatif impak sosial yang berkaitan. Setakat pukul 8 malam 5 Mac, usul yang sudah diterima persidangan itu meningkat ke 5,898, dengan 5,006 antaranya sudah lulus dalam pemeriksaan dan difailkan menurut peraturan CPPCC.

Selepas Persidangan berakhir, kesemua usul yang sudah difailkan tersebut akan diserahkan kepada pelbagai jabatan dan institusi yang terbabit untuk ditangani.

Video

Berita Berkaitan