Kerjasama Asia pada Tahun Pertama RCEP, Topi Hangat Sidang Tahunan Forum Jalan Kewangan Beijing

(CRI)Rabu 23 November 2022

Sidang tahunan Forum Jalan Kewangan 2022 sedang diadakan di Beijing. Sempena tahun pertama pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), sidang tahunan berkenaan pula menumpu kepada proses baharu kerjasama Asia pada tahun perdana RCEP.

Dimaklumkan, pada sepuluh tahun pertama tahun 2022, jumlah import eksport antara China dengan 14 buah negara anggota RCEP meningkat 8.4%, yang menunjukkan kelebihan perdagangan bebas serantau.

Pengurus Pengarah Bank Bangkok, Chartsiri Sophonpanich mengiktiraf kesan positif RCEP, kerana ia kondusif kepada kerjasama antara satu sama lain, dan menjadi wahana interaksi negara Asia.

"Walaupun tahun ini tahun pertama pelaksanaan RCEP, namun perkongsian rakan kerjasama ekonomi ini dipercayai akan menyediakan sumber positif kepada semua anggota," kata beliau.

Suruhanjaya Kawal Atur Bank dan Insurans, Zhou Liang menyeru negara Asia memperhebat penyelarasan dasar makro, menyempurnakan sistem interaksi rutin, memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, mengoptimumkan kesan perkaitan sumber pasaran, memperkasakan penjanaan ekonomi, menginovasi dan memperkenalkan pengalaman kondusif dalam kewangan universal, seperti pertanian, pembanterasan kemiskinan, perusahaan kecil dan mikro, mengembangkan kewangan hijau, menyempurnakan sistem perkhidmatan inovatif sains dan teknologi, mencipta persekitaran perkhidmatan kewangan digital yang terbuka dan adil tanpa diskriminasi, mengisi jurang perbezaan digital, serta mendorong lebih banyak manfaat pembangunan sosioekonomi kepada rakyat pelbagai negara secara lebih adil.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan