Pelabur Asing Tetap Optimistik terhadap Pasaran China

(CRI)Khamis 24 November 2022

Pelabur asing tetap optimistik terhadap peluang yang ditawarkan pasaran China walaupun ekonomi global mendepani ketidaktentuan pada masa ini.

Demikian dinyatakan para wakil institusi kewangan dan pelaburan yang menghadiri sidang tahunan Forum Financial Street 2022 yang berakhir pada Rabu.

Menurut mereka, sektor berteknologi tinggi di China termasuk industri mesra alam serta perubatan dan kesihatan kini menjadi tumpuan pelabur asing.

Untuk rekod, penggunaan pelaburan asing oleh China mencecah RMB1.14 trilion (kira-kira RM729 bilion) pada tahun lepas, sekali gus mencipta rekod yang paling tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan