China Mantapkan Dasar Monetari Berhemat

(CRI)Selasa 22 November 2022

Bank pusat China memperkasa pelaksanaan dasar monetari yang berhemat sejak awal tahun ini, sehingga memberi sokongan kukuh kepada ekonomi makro.

Demikian dinyatakan Gabenor Bank Rakyat China (PBC), Yi Gang ketika berucap dalam majlis perasmian sidang tahunan Forum Financial Street 2022 di Beijing pada Isnin.

Menurut beliau, operasi ekonomi semasa memperlihatkan dasar makro negara ini adalah munasabah. Ia bukan sahaja memantapkan ekonomi makro pada keseluruhannya, tetapi juga menjamin kestabilan harga barangan tatkala dunia mengalami inflasi yang melambung tinggi.

Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS), Fu Linghui pula berkata ekonomi China mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam jangka panjang walaupun mendepani pelbagai cabaran pada tahun ini.

Menurutnya, ciri-ciri ekonomi negara ini tidak berubah dengan saiz pasaran yang besar dan asas pembangunan yang kukuh.

Difahamkan, sidang tahunan berkenaan disertai hampir 400 tokoh dari seluruh dunia, dengan memberikan fokus kepada topik-topik termasuk pembangunan berkualiti dan inisiatif bagi menggalakkan pembangunan ekonomi sebenar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan