Iraq Bantah Turkiye Lancar Serangan Melepasi Sempadan

(CRI)Jumaat 25 November 2022

Kementerian Luar Iraq semalam memanggil Duta Besar Turkiye untuk menyatakan bantahan atas tindakan negara itu melancarkan serangan udara melepasi sempadan terhadap kumpulan militan Kurdish pada Ahad lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Iraq, Ahmed Al-Sahaf menyifatkan serangan berkenaan mencabuli kedaulatan Iraq, selain menjejaskan usaha membanteras keganasan di peringkat serantau.

Menurutnya, tindakan seumpama akan meruncingkan ketegangan serantau dan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara.

Pada hari sama, pihak Iraq juga memanggil Duta Besar Iran bagi membantah serangan rentas sempadan ke atas kumpulan bersenjata Kurdish di utara Iraq.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan