Letupan Bom di Istanbul Cederakan 81 Orang

(CRI)Isnin 14 November 2022

Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay menyatakan bahawa jumlah mangsa yang cedera dalam serangan bom di Jalan Istiklal di Istanbul pada Ahad meningkat kepada 81, antaranya dua berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum itu, Presiden Erdogan berkata bahawa enam orang terkorban, manakala 53 lagi cedera dalam letupan itu.

Jabatan kehakiman telah melantik 10 pendakwa raya untuk menjalankan siasatan ke atas kes letupan tersebut.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan