China Prihatin Situasi Kemanusiaan di Ukraine

(CRI)Isnin 28 November 2022

China mengekalkan pendirian yang konsisten dalam isu Ukraine dan sentiasa prihatin terhadap situasi kemanusiaan di negara itu.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam taklimat media pada Jumaat, ketika menyentuh masalah kekurangan bekalan elektrik yang dihadapi di seluruh wilayah Ukraine.

Menurutnya, adalah mendesak untuk meredakan ketegangan menerusi dialog dan perundingan secepat mungkin, yang juga merupakan jalan keluar bagi isu Ukraine.

Di samping itu, masyarakat antarabangsa diharap memainkan peranan konstruktif bagi meredakan situasi dan menyelesaikan krisis berkenaan secara politik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan