Simposium "Persahabatan dan Tanggungjawab Sejarah China-Jepun"

(CRI)Isnin 28 November 2022

Lebih 80 pakar dan sarjana dari China dan Jepun mengadakan pertukaran yang cermat dan ikhlas mengenai hubungan dua hala dalam Simposium "Persahabatan dan Tanggungjawab Sejarah China-Jepun” yang diadakan secara hibrid dan serentak di Beijing dan Tokyo pada Ahad.

Ketika bercakap pada Simposium anjuran bersama Yayasan Pembangunan Hak Asasi Manusia China dan Persatuan Persahabatan Jepun-China itu, naib pengerusi Yayasan Pembangunan Hak Asasi Manusia China, Wang Guoqing, menunjukkan bahawa mendorong perkembangan hubungan China-Jepun ke arah yang kukuh dan stabil untuk jangka masa panjang, selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara.

“Pertubuhan bukan kerajaan dan individu kedua-dua negara perlu mempergiatkan interaksi dan pertukaran, meningkatkan persefahaman dan memupuk rasa saling percaya bagi menyumbang kepada persahabatan China-Jepun,” kata Wang.

Pakar dan sarjana Jepun pula menegaskan peri pentingnya untuk melihat fakta sejarah tanpa prasangka.

“Jepun mesti mengakui, merenung dan meneliti sejarah pencerobohannya terhadap China pada masa dahulu serta menyampaikan fakta sejarah yang betul kepada generasi mudanya,” kata presiden Persatuan Persahabatan Jepun-China.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan