Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dilancarkan Pukul 11.08 Malam Esok

(CRI)Isnin 28 November 2022
Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dilancarkan Pukul 11.08 Malam Esok

Kapal angkasa Shenzhou-15 dijadualkan akan dilancarkan pada pukul 11.08 malam esok, dengan membawa tiga angkasawan, iaitu Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu. Ini dimaklumkan dalam sidang media tentang misi penerbangan bermanusia kapal angkasa lepas Shenzhou-15 pagi tadi.

Jurucakap Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China yang juga penolong ketua Pejabat Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), Ji Qiming dalam sidang media itu menyatakan bahawa dalam proses penyelidikan dan pembinaan stesen angkasa lepas, China mengekalkan prinsip penggunaan secara damai, sama untung dan sama rata demi pembangunan bersama dan menjalankan pertukaran dan kerjasama dalam bentuk yang pelbagai dengan sejumlah agensi penerbangan angkasa lepas dan pertubuhan antarabangsa. Terdapat sejumlah program sains yang terpilih bersama-sama dengan bahagian angkasa lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Biro Angkasa Lepas Eropah yang sedang dijalankan menurut rancangan dan ujian berkenaan akan dijalankan di stesen angkasa China pada tahun depan.

Tambah beliau, setelah menerima permohonan beberapa negara yang mahu menghantar angkasawannya untuk menyertai misi stesen angkasa China, pihaknya sudah memulakan kerja penyelarasan dan persiapan terbabit, misalnya membantu melatih angkasawan asing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan