Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran

(CRI)Selasa 22 November 2022

Kombinasi kapal angkasa Shenzhou-15 dan roket pembawa Long March-2F telah dipindahkan ke tapak pelancaran pada Isnin, maklum Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Menurut CMSA, pelancaran kapal angkasa berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Selepas Shenzhou-15 dilancarkan ke orbit yang ditetapkan, angkasawan terbabit akan bertemu dengan krew Shenzhou-14 di stesen angkasa.

Pada masa itu, dua kapal angkasa akan beroperasi di orbit secara serentak, buat julung-julung kalinya dalam sejarah penerbangan angkasa pembawa angkasawan China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan