China Bantah Ucapan Menteri Luar Jerman yang Tidak Hormati Fakta

(CRI)Selasa 29 November 2022

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam telah membantah ucapan Menteri Luar Jerman yang melibatkan China dan menekankan bahawa fakta asas patut dihormati dan pendirian yang objektif dan adil patut dipegang bagi seseorang yang mahu menyampaikan suatu ulasan, dan tidak boleh mengeluarkan tuduhan berasaskan maklumat yang salah atau spekulasi subjektif.

Baru-baru ini, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock menyampaikan ucapan dalam aktiviti “Malam Ekonomi Eropah” anjuran akhbar SüddeutscheZeitung dengan menyebut“negara anggota Kumpulan 77 yang kaya” termasuk China dan Arab Saudi memberikan tekanan kepada negara lain demi mengaut keuntungan serta memberi ulasan yang salah mengenai pelaburan syarikat asing di China.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa ucapan itu tidak selaras dengan fakta yang sebenar. Yang pertama, China bukan anggota Kumpulan 77.

Selanjutnya, sebagai negara membangun yang paling besar, China sentiasa memihak kepada kem negara membangun, bertindak pantasmemelihara kepentingan milik negara membangundan memberikan bantuan berdasarkan kemampuannya kepada negara membangun untuk mewujudkan pencapaian yang samauntung dan samamenang.

Zhao memaklumkan lagi bahawa China melaksanakan dasar pintu terbuka dalam bidang lapangan terbang, pelabuhan dan telekomunikasi. MAERSK, gergasi pengangkutan laut dariDanmark merupakan pelabur terhadap sejumlah dermagadi Dalian, Tianjin, Qingdao, Shanghai dan Shenzhen. Menurut laporan berkenaan, setakat bulan Jun tahun 2020, terdapat sebanyak 266 syarikat telekomunikasi pelaburan pedagang asing diesahkan penubuhannya di China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan