Ungka Bersahutan di Wuliangshan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 05 Disember 2022

Suara ungka bersahut-sahutan memeriahkan hutan rimba di Rizab Alam Semulajadi Kebangsaan Wuliangshan, provinsi Yunnan. Baru-baru ini, kamera yang dipasang di kawasan Wuliangshan didapati merakamkan bunyi deruman ungka kepala hitam (Nomascus concolor), haiwan yang diberikan perlindungan peringkat tertinggi di China.

Menurut kakitangan, kumpulan ungka yang dirakamkan itu telah lama menjadikan kawasan tersebut habitat. Kali pertama haiwan itu dikesan di sana ialah pada 2012, apabila kakitangan melihat dengan kamera adanya seekor ungka jantan dan seekor yang betina.

Pasangan ungka ini kemudiannya melahirkan dua anak, masing-masing pada 2015 dan 2019. Kini, anak yang lebih tua semakin dewasa dan berdikari, manakala yang lebih muda masih memerlukan perlindungan sang ibu.

Ungka kepala hitam tergolong dalam spesies beruk arboreal kecil (small arboreal ape) dan sangat sensitif terhadap keadaan persekitaran ekologi. Menderum ialah gelagat yang paling menonjol bagi spesies ini, hinggakan dikenali sebagai “penyanyi terbaik di alam mamalia”. Biasanya, bunyi deruman ungka kepala hitam dapat didengari setiap pagi sehingga 2 kilometer jauhnya.

Kawasan Wuliangshan di Rizab Alam Semulajadi Kebangsaan Wuliangshan terletak di bahagian paling utara zon aktiviti ungka kepala hitam. Seluas 7,583 hektar dengan kadar liputan hutan 98%, Wuliangshan kaya dengan flora dan fauna kerana lokasi geografi dan persekitaran iklim yang istimewa, juga salah satu kawasan yang biodiversitinya paling tinggi di China. Yang dapat dilihat di sana, terdapat 2,705 jenis tumbuhan, 123 spesies mamalia, 373 spesies burung, 103 spesies amfibia dan reptilia, dan lebih 600 spesies serangga. Antaranya, lebih daripada 80 jenis haiwan dan tumbuhan tergolong dalam spesies terancam.

Gaya Hidup