Jalan Berliku-liku di Gunung Taihang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Disember 2022
Jalan Berliku-liku di Gunung Taihang

Lebuhraya Pelancongan No.1 Taihang yang terletak di Daerah Yangheng, provinsi Shanxi, pada musim sejuk umpama seutas reben yang berkibaran di atas Gunung Taihang. Pepohon berwarna merah, kuning dan hijau menghiasi kiri kanan laluan dan menghampari gunung beralun, menambah lagi keindahan pemandangan bak lukisan dengan kampung-kampung, tanah ladang dan puncak tinggi di sepanjang perjalanan.

Lebuhraya Pelancongan No.1 Taihang yang menghubungkan ratusan kampung bertaburan di atas gunung itu, merupakan bahagian penting dalam pelan promosi pelancongan kerajaan Shanxi yang melibatkan Sungai Kuning, Tembok Besar dan Gunung Taihang. Baru-baru ini, laluan utama lebuh raya tersebut, iaitu dari Yueyuan ke Xihonghong, yang jauhnya 85.5 kilometer telah siap dibina dan kemudahan di sekitar sedang giat dinaik taraf.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan