Tren Pisang Pertama Rel China-Laos Tiba di Changsha

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 13 Disember 2022
Tren Pisang Pertama Rel China-Laos Tiba di Changsha

Tren rantai sejuk muatan buah pisang yang pertama melalui Landasan Kereta Api China-Laos tiba di Taman Perindustrian Peredaran Produk Pertanian Hongxing, bandar Changsha, provinsi Hunan semalam.

Dengan membawa 25 kontena pendingin yang memuat 500 tan pisang segar, tren tersebut bertolak dari Vientiane, Laos pada 7 Disember, menempuh perjalanan jauh ke utara menuju ke bandar Changsha, provinsi Hunan. Pisang itu akan diedarkan ke tempat lain melalui Pusat Pemborong Produk Pertanian Global Hongxing di Changsha.

Ini merupakan muatan buah pisang pertama yang diangkut terus ke bandar pedalaman China selepas landasan kereta api China-Laos mula beroperasi tahun lepas, juga muatan produk pertanian pertama selepas perasmian projek kerjasama “Satu Jalur, Dua Taman” antara provinsi Hunan dan negara Laos. Ketibaannya menandakan kedatangan zaman keemasan bagi pengimportan buah-buahan dari negara-negara ASEAN ke kawasan tengah dan barat China melalui Landasan Kereta Api China-Laos.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan