Tren Kargo Zigong-Vientiane Mula Beroperasi

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

Tren kargo antarabangsa China-Laos yang pertama berlepas dari Zigong, provinsi Sichuan menuju ke Vientiane pada Khamis, dengan membawa 25 kontena standard berisi alatan rumah seperti peti sejuk, pendingin udara, mesin basuh dan sebagainya.

Difahamkan, perjalanan di antara dua bandar itu dijangka mengambil masa selama empat hari menerusi perkhidmatan kereta api berkenaan.

Ia merupakan satu lagi laluan pengangkutan antarabangsa yang bertolak dari Zigong selepas pengoperasian perkhidmatan pengangkutan rel-laut ASEAN menerusi laluan 'Chengdu-Eropah plus’.

Pembukaan laluan itu bukan sahaja menjimatkan masa pengangkutan kargo antara provinsi Sichuan dengan negara-negara ASEAN, malah turut menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan bilateral.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan