“Seliang Bagai Tebu, Serumpun Bagai Serai”

(CRI)Rabu 21 Disember 2022
“Seliang Bagai Tebu, Serumpun Bagai Serai”

Tanggal 20 Disember ialah Hari Solidariti Manusia Antarabangsa (IHSD).

Deklarasi Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa "perpaduan" adalah salah satu nilai asas hubungan antarabangsa pada abad ke-21.

Ia menerangkan bahawa golongan yang menderita harus dibantu oleh golongan yang paling bernasib baik.

Dalam tempoh dua bulan lalu, Presiden China Xi Jinping telah menghadiri beberapa acara diplomatik pelbagai hala yang penting. Dalam siri ucapan yang disampaikan oleh beliau, "perpaduan" adalah salah satu kata kunci yang berulang kali ditekankan.

Pada 15 November, Presiden Xi menghadiri sidang kemuncak ke-17 pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Bali, Indonesia. Dalam ucapannya, beliau memetik peribahasa Indonesia “seliang bagai tebu, serumpun bagai serai”, secara terperinci menjelaskan perpaduan dan kerjasama dalam menghadapi kesukaran.

Pada 18 November, Presiden Xi menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-29 yang diadakan di Bangkok, Thailand. Beliau memberitahu bahawa rantau ini mendapat manfaat daripada persekitaran yang aman dan stabil.

Pada 9 Disember, Sidang Kemuncak China-Arab yang pertama telah diadakan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi. Dalam ucaptamanya, Xi Jinping menekankan bahawa China dan negara-negara Arab harus mewarisi semangat persahabatan, serta mengukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang lebih erat, demi manfaat rakyat kedua-dua pihak dan seluruh dunia.

Pada hari yang sama, Xi Jinping memberikan cadangan pembinaan empat hubungan rakan sempena sidang kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang pertama, iaitu rakan yang menggalakkan perpaduan, rakan yang mencari pembangunan, rakan yang membina keselamatan, dan rakan yang mempromosikan tamadun.

“Seliang Bagai Tebu, Serumpun Bagai Serai.” Itulah hubungan sesama manusia yang saling bergantung pada era globalisasi ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan