Simposium Bertema 'Kongsi Nasib' di Kemboja

(CRI)Isnin 07 November 2022

Pencapaian luar biasa yang diraih China dalam pembangunan negara tidak boleh dipisahkan daripada kepimpinan Parti Komunis China (PKC), kata Timbalan Perdana Menteri Kemboja Hor Nam Hong.

Hor berkata negara membangun termasuk Kemboja boleh menimba pengalaman PKC dalam tadbir urus negara, dan yakin bahawa pembangunan China pasti akan mendorong pembangunan dunia.

Beliau menyatakan demikian menerusi perutusan tahniah sempena perasmian simposium bertema 'Kongsi Nasib, Ganding Bahu Meniti Perjalanan Baharu' anjuran Kumpulan Media China (CMG) bersama Senat Kemboja dan Persatuan Pembangunan Hubungan Kemboja-China di Phnom Penh pada Khamis.

Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian memetik laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC sebagai rujukan berkata, China komited untuk menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Ini merupakan renungan PKC terhadap masa depan dunia dan mencerminkan visi global serta kebertanggungjawaban PKC", katanya.

Wakil Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, An Xiaoyu menyatakan bahawa komuniti berkongsi nasib China-Kemboja bukanlah konsep kosong.

"Ia telah diintegrasikan dengan kehidupan rakyat kedua-dua negara dan berkait rapat dengan pembangunan politik, ekonomi dan sosial dalam jangka panjang," kata beliau yang menyandang Pengarah Pusat Penyiaran Bahasa-bahasa Asia dan Afrika CMG. 

Gaya Hidup