Forum Kerjasama Media China-Arab 2022 di Riyadh

(CRI)Rabu 07 Disember 2022

Forum Kerjasama Media China-Arab 2022 diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin waktu tempatan.

Forum yang dianjurkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Penerangan Arab Saudi bertemakan “Tingkatkan Pertukaran dan Saling Belajar, Pacu Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab”.

Lebih 150 pegawai kerajaan, wakil media, pakar dan sarjana dari China dan 22 negara Arab menyertai forum itu secara dalam dan luar talian.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan video mengatakan, Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan baru-baru ini menyuntik momentum kuat ke dalam persahabatan dan kerjasama antara China dengan masyarakat antarabangsa serta memperkasakan nilai bersama seluruh insan.

Beliau menyatakan, CMG akan mengambil peluang daripada forum kali ini, meningkatkan pertukaran, dialog dan kerjasama dengan negara-negara Arab, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), di samping meningkatkan hubungan perkongsian strategik China-Arab ke taraf lebih tinggi, serta menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan