Perhimpunan Agung PBB Tetapkan 12 Februari sebagai Hari Antarabangsa bagi Pencegahan Ekstremisme Keras yang Kondusif bagi Keganasan

(CRI)Rabu 21 Disember 2022

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan satu draf resolusi untuk menetapkan 12 Februari setiap tahun sebagai Hari Antarabangsa bagi Pencegahan Ekstremisme Keras yang Kondusif bagi Keganasan". (International Day for the Prevention of Violent Extremism as and when Conducive to Terrorism)

Hari antarabangsa itu ditetapkan untuk membantu memupuk kesedaran masyarakat terhadap ancaman ekstremisme keras dan memperkasa kerjasama antarabangsa untuk menangani masalah tersebut.

Semua negara anggota, agensi PBB, organisasi antarabangsa dan serantau yang lain, masyarakat awam, sektor swasta, kalangan akademik dan jabatan media diseru meraikan hari antarabangsa tersebut dengan cara yang sesuai, termasuk aktiviti pendidikan dan kempen sosialisasi serta berkongsi pengalaman yang holistik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan