Keberkesanan Kawal Senjata Api, Kayu Ukur Demokrasi AS

(CRI)Selasa 11 Oktober 2022

Hak untuk hidup adalah hak asasi yang paling penting. Keberkesanan dalam membendung keganasan senjata api dan melindungi hak-hak kaum minoriti merupakan kayu ukur penting untuk menilai demokrasi serta keadaan hak asasi Amerika Syarikat (AS).

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam taklimat media pada Isnin apabila mengulas laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS yang menunjukkan insiden keganasan membabitkan senjata api semakin berleluasa di negara itu.

Menurut laporan CDC, bilangan kes pembunuhan menggunakan senjata api di AS meningkat lebih 8 peratus dalam tempoh 2020 hingga 2021, iaitu mencapai tahap tertinggi sejak awal 1990-an.

Laporan itu turut menyebut, kadar kematian warga kulit hitam keturunan Afrika akibat kejadian tembakan adalah yang paling tinggi pada semua peringkat usianya.

Sebelum ini, CDC menerusi satu laporan menunjukkan kebarangkalian warga kulit hitam ditembak mati adalah 12 kali ganda berbanding warga kulit putih. Kaum minoriti di AS menjadi mangsa rasisme sistemik serta keganasan senjata api.

Gaya Hidup