20 Ribu Rakyat Sudan Selatan Kehilangan Tempat Tinggal: UNHCR

(CRI)Khamis 08 Disember 2022

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan bahawa seramai 20 ribu orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik bersenjata yang semakin meruncing di wilayah Upper Nile, Sudan Selatan sejak bulan Ogos.

Sebahagian daripada mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman sebanyak empat kali, dan sekurang-kurangnya 3 ribu orang telah berlari ke negara jiran, Sudan.

Kini seramai 6.8 juta orang memerlukan bantuan kecemasan akibat konflik bersenjata, jenayah kekerasan, bencana banjir, krisis makanan dan ketidaktentuan ekonomi di Sudan Selatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan