Xi Sampaikan Ucapan Penting dalam Perhimpunan Tahuan Baharu CPPCC

(CRI)Sabtu 31 Disember 2022
Xi Sampaikan Ucapan Penting dalam Perhimpunan Tahuan Baharu CPPCC

Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mengadakan perhimpunan sempena sambutan tahun baharu 2023 di Beijing pada 30 Disember.

Presiden China, Xi Jinping menghadiri perhimpunan tersebut dan menyampaikan ucapan penting.

Beliau menyatakan bahawa tahun 2022 ialah tahun yang amat penting dalam sejarah pembangunan Parti Komunis China (PKC) dan negara ini. Kongres Kebangsaan ke-20 Parti yang diadakan dengan jayanya telah melakar cetak biru untuk membina negara sosialis moden secara komprehensif.

Menurut beliau, China melaksanakan falsafah pembangunan baharu secara menyeluruh, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, mencapai tuaian bijirin yang lumayan, dan mengekalkan jaminan pekerjaan dan kestabilan harga barangan.

Xi berkata, China mengoptimumkan langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 mengikut perkembangan wabak, sedaya upaya melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat, dan meminimumkan impak wabak terhadap pembangunan sosioekonomi.

Pada tahun ini, China berjaya menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing, dan menyambut ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke tanah air. Di samping itu, China dengan tegas menentang "kemerdekaan Taiwan" dan campur tangan kuasa luar, memperkasakan diplomasi negara besar bercirikan China, dan menjaga kestabilan persekitaran luaran.

Xi menegaskan bahawa tahun 2023 adalah tahun pertama untuk melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC secara menyeluruh. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran dan tugas sepanjang tahun untuk meletakkan asas yang baik untuk merealisasikan Matlamat Perjuangan Seratus Tahun Kedua.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan