Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023 Ditetapkan

(CRI)Sabtu 31 Disember 2022

"Dua sidang" iaitu sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) 2023 akan diadakan di Beijing pada Mac 2023.

Sidang ke-38 Jawatankuasa Tetap NPC Ke-13 yang diadakan pada Jumaat meluluskan keputusan untuk mengadakan sidang pertama Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 di Beijing pada 5 Mac 2023.

Selain itu, Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC baru-baru ini mengadakan mesyuarat pengerusi dan memutuskan bahawa sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC akan diadakan di Beijing pada 4 Mac 2023.

Gaya Hidup