BCIA, Hari Pertama Kawalan COVID-19 Dilonggarkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 09 Januari 2023
BCIA, Hari Pertama Kawalan COVID-19 Dilonggarkan
Penumpang beratur di kastam Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (BCIA) untuk masuk sempadan pada 8 Januari. (Gambar/China Daily)

Mulai 8 Januari 2023, tahap pengurusan wabak COVID-19 di seluruh China diturunkan kepada kelas B daripada kelas A.

Berdasarkan Undang-undang Kesihatan dan Kuarantin Sempadan, kuarantin mandatori, ujian asid nukleik (NAT) serta langkah-langkah penyekatan penyakit berjangkit lain telah dibatalkan bagi pengembara dan barangan yang memasuki China.

Pelancongan warga China ke luar negara juga dipulihkan dengan teratur selaras dengan situasi wabak antarabangsa dan kapasiti perkhidmatan pelbagai sektor.

 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan