Pertemuan Presiden China-Czech Secara Maya

(CRI)Selasa 10 Januari 2023
Pertemuan Presiden China-Czech Secara Maya

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Czech, Milos Zeman mengadakan pertemuan melalui pautan video petang semalam.

Xi menyatakan bahawa China amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Czech yang sudah dinaiktaraf menjadi perkongsian strategik, melihat Czech sebagai rakan strategik yang penting, dan bersedia bersama-sama dengan Czech mendorong perkembangan hubungan bilateral dengan stabil dan konsisten demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Xi menekankan bahawa China sedang memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China dan giat meningkatkan tahap keterbukaan. Ini pasti akan menyediakan peluang baharu kepada pelbagai negara termasuk Czech. Kedua-dua negara ini diharap menghormati kepentingan dan keprihatinan masing-masing, merancakkan pertukaran dan memperincikan komunikasi pada pelbagai peringkat, meneroka potensi untuk memperluas kerjasama yang saling menguntungkan di samping menambah interaksi dalam bidang sosiobudaya. China akan memperkenalkan lebih banyak langkah substantif demi mendorong kerjasama dengan negara Eropah Tengah dan Timur.

Milos Zeman dalam pertemuan itu pula menyatakan bahawa Czech bersedia bersama-sama dengan China meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan serta pelaburan dan juga bersedia memainkan peranan yang aktif dalam mendorong perkembangan hubungan Eropah dengan China.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan