China Menentang Sekatan Sepihak AS Sewenang-wenangnya

(CRI)Jumaat 13 Januari 2023

China menentang tegas sekatan sepihak Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan menekankan bahawa mana negara pun tidak boleh meletakkan undang-undang domestiknya di atas undang-undang antarabangsa. Demikian dinyatakan wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai menggalakkan dan meningkatkan kewibawaan undang-undang dan memelihara kedamaian dan keselamatan antarabangsa pada Khamis.

Zhang Jun menyatakan bahawa terdapat suatu negara khasnya AS yang melanggar persaingan yang adil, prinsip ekonomi pasaran dan peraturan perdagangan multilateralisme, melancarkan penindasan tanpa alasan terhadap syarikat berteknologi tinggi dari negara lain, dan sengaja menjejaskan kestabilan rantai nilai sejagat dan rantai bekalan. Lakuan seumpama ini bukan sahaja menjadikan hak pembangunan yang rasional milik negara lain dan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa terjejas, tetapi juga tidak selaras dengan panduan memartabatkan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.

Wakil China ini berharap agar pelbagai negara boleh menjaga kebersamaan dalam penginsafan yang betul, iaitu di dunia ini hanya terdapat satu sistem sahaja yakni sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, satu order antarabangsa sahaja yakni yang berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan satu tata hukum sahaja yakni tata tertib asas hubungan antarabangsa yang berdasarkan manifesto dan prinsip Piagam PBB.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan