AS Digesa Segera Batal Sekatan terhadap Cuba

(CRI)Jumaat 04 November 2022

China menggesa supaya Amerika Syarikat (AS) serta-merta membatalkan semua sekatan ekonomi, perniagaan dan kewangan ke atas Cuba.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian berkata, AS patut mengembangkan hubungan normal dengan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut prinsip Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa.

Semasa sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Rabu, Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Dai Bing turut mendesak supaya AS segera memansuhkan sekatan berkenaan.

Dai menyifatkan sekatan unilateral dikenakan AS terhadap Cuba dan negara lain melanggar konsensus di bawah Agenda Pembangunan Mampan 2030, serta menjejaskan hak rakyat negara-negara terbabit untuk hidup dan membangun.

Sehubungan itu, Zhao berkata resolusi yang menuntut AS menghentikan sekatan ekonomi, perniagaan dan kewangan terhadap Cuba diluluskan dengan majoriti besar dalam UNGA buat 29 kali berturut-turut sejak 1992.

"Resolusi itu mewakili suara keadilan masyarakat antarabangsa dan mesti dilaksanakan sepenuhnya," tegas beliau semasa taklimat media di Beijing pada Khamis.

Gaya Hidup