Sambutan TBC Pertama di Stesen Angkasa China

(CRI)Selasa 24 Januari 2023

Kru angkasawan kapal angkasa Shenzhou-15 menyambut perayaan Tahun Baharu China (TBC) di stesen angkasa China yang dihiasi cantik dan penuh suasana keringan.

Berada di stesen angkasa setinggi 400 kilometer dari Bumi, tiga angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu menyampaikan ucapan selamat TBC kepada tanah air dan rakyat.

"Semoga tanah air kita makmur dan Sentosa. Selamat menyambut TBC kepada rakyat di seluruh negara," kata ketua kru itu, Fei Junlong.

Dimaklumkan, ini adalah perayaan TBC pertama setelah stesen angkasa China siap dibina.

Dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas modul teras Tianhe dilancarkan pada 29 April 2021, China telah menyelesaikan pembinaan stesen angkasa yang terdiri daripada modul teras Tianhe, modul eksperimen Wentian dan modul eksperimen Mengtian.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan