Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China (2)

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023
Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China
Setiausaha Pelancongan Filipina, Christina Garcia Frasco dan Duta Besar China di Filipina, Huang Xilian memberikan cenderamata kepada pelancong dari China di lapangan terbang Manila. (Sumber foto: Jabatan Pelancongan Filipina)

Setiausaha Pelancongan Filipina, Christina Garcia Frasco dan Duta Besar China di Filipina, Huang Xilian menyambut kedatangan kumpulan pertama pelancong China pada Tahun Arnab, di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada Selasa lalu.

Frasco menyatakan bahawa kedatangan pelancong dari China itu ialah satu permulaan baik pada tahun ini, dan juga hasil daripada lawatan Presiden Ferdinand Romualdez Marcos Jr. ke China pada 3 Januari lalu. Filipina mengalu-alukan kedatangan sahabat China.

Huang pula berkata, seiring dengan perkembangan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pelancongan, semakin ramai pelancong China dijangka akan melawat ke Filipina pada masa akan datang.

Menurut pengumuman Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China mengenai pelancongan berkumpulan warga China ke luar negara pada 20 Januari lalu, terdapat 20 buah negara disenaraikan dalam senarai pertama destinasi pelancongan warga China, iaitu Thailand, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Singapura, Laos, Sri Lanka, Maldive, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Rusia, Switzerland, Hungary, New Zealand, Argentina, Cuba dan Fiji.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan