Beruang di Marikh?

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 29 Januari 2023
Beruang di Marikh?
Foto yang diambil pada 12 Disember 2022 oleh kamera Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRise). (foto: Twitter@HiRise)

Pada 25 Januari, NASA mengeluarkan foto satelit permukaan Marikh yang kelihatannya seperti muka beruang. Foto ini diambil pada 12 Disember 2022 oleh kamera Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRise) yang dipasang pada Pengorbit Peninjau Marikh milik Nasa.

Pasukan peneliti dari Universiti Arizona yang bertanggungjawab mengawal kamera HiRise berkata bahawa landskap yang kelihatan seperti beruang ini berkemungkinan dibentuk oleh kawah dan rekahan berbentuk bulat.

Menurut pasukan berkenaan, hidung beruang berkemungkinan dihasilkan oleh bukit dengan struktur runtuh berbentuk V, matanya pula ialah dua kawah, dan kepalanya merupakan corak rekahan berbentuk bulat yang dipercayai disebabkan oleh mendapan atas kawah yang tertimbus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan