Data Dikumpul Zhurong Bantu Saintis Selidik Marikh

(CRI)Ahad 18 September 2022

Saintis China mencapai kemajuan signifikan dalam penyelidikan terhadap planet Marikh, umum Pentadbiran Angkasa Kebangsaan (CNSA).

Penyelidikan saintifik berkenaan dijalankan berasaskan data mentah sebanyak lebih 1,480 gigabait (GB) yang dikumpul prob penyelidikan Tianwen-1 bagi misi eksplorasi Marikh setakat ini.

Kenderaan perayau, Zhurong berjaya mengumpul banyak maklumat saintifik yang penting selepas lebih setahun meneroka di permukaan planet merah itu.

Dalam pada itu, imej dirakam Zhurong menunjukkan terdapat batu yang mengandungi mineral air di lokasi pendaratannya di selatan Utopia Planitia. Batu tersebut dipercayai berkait rapat dengan aktiviti air.

Gaya Hidup