China Prihatin Ketegangan Palestin-Israel

(CRI)Isnin 30 Januari 2023

China memberi perhatian terhadap ketegangan antara Palestin dan Israel yang semakin meruncing, dan turut berdukacita atas kemalangan jiwa akibat konflik antara kedua-dua pihak.

Demikian ujar seorang jurucakap Kementerian Luar China ketika mengulas mengenai konflik yang berlaku bertubi-tubi antara Palestin dan Israel kebelakangan ini.

China juga mengutuk segala serangan ganas menyasar rakyat jelata, dan menentang penggunaan kekerasan yang melampau.

Jurucakap itu menyeru pihak-pihak terbabit khususnya Israel supaya kekal bertenang dan menahan diri bagi mengelak situasi daripada terus meruncing malah sampai tidak terkawal.

Menurutnya, kegagalan pelaksanaan formula ‘penyelesaian dua negara’ serta aspirasi rakyat Palestin terhadap penubuhan negara berdaulat tidak dipenuhi antara punca yang mencetuskan konflik berkenaan. Masyarakat antarabangsa harus menyediakan syarat untuk memulihkan dialog antara Palestin dan Israel.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan