China Selar Amalan AS Tindas Syarikat Teknologi

(CRI)Rabu 01 Februari 2023

Beijing menentang sekeras-kerasnya penindasan tanpa batas oleh pentadbiran Biden terhadap syarikat China atas dalih keselamatan negara dengan menggunakan kuasa negara sewenang-wenangnya.

Bantahan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning sebagai reaksi terhadap laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berhenti meluluskan permohonan lesen dikemukakan syarikat tempatan untuk mengeksport produk ke Huawei China, termasuk cip telefon pintar 4G.

Mao turut mengkritik langkah sedemikian melanggar prinsip ekonomi berorientasikan pasaran dan peraturan perdagangan antarabangsa.

“Perbuatan AS menghakis keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap persekitaran perniagaan negara itu, dan merupakan hegemoni dalam bidang teknologi,” kata Mao dalam sidang media di Beijing, pada Selasa.

Beliau menegaskan bahawa China akan bertindak mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat sendiri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan