Kawanan Burung Bayan Terbang Bawah Matahari Terbenam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 Januari 2023
Kawanan Burung Bayan Terbang Bawah Matahari Terbenam
Kawanan burung bayan Blossom-headed. (Gambar oleh Zhu Bianyong)

Baru-baru ini jurugambar ekologi merakam gerakan ratusan burung bayan Blossom-headed yang juga merupakan haiwan dilindungi negara peringkat kedua di bandar Ruili, daerah autonomi Dehong, provinsi Yunnan.

Difahamkan bahawa, kebanyakan burung bayan Blossom-headed berhabitat di provinsi Yunnan, Guangdong dan Guangxi, namun tidak dilihat di kawasan tersebut hampir seratus tahun dan pernah dianggap telah pupus di seluruh China. Pada April 2015, jurugambar ekologi menjumpai tujuh ekor burung ini di kaunti Yingjiang, daerah Dehong, membuktikan masih wujudnya spesies ini di China.

Tahun-tahun kebelakangan ini, burung bayan Blossom-headed sering kali dilihat di beberapa tempat di daerah autonomi Dehong seperti kaunti Yingjiang, bandar Ruili dan bandar Mangshi, menjadikan kawasan ini tempat yang paling banyak kali burung ini dilihat dan diambil gambar di seluruh China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan