AS Didesak Hentikan Penindasan terhadap Syarikat China

(CRI)Jumaat 23 September 2022

China mendesak Amerika Syarikat (AS) segera membetulkan kesalahannya dengan berhenti memfitnah dan menindas perusahaan China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Khamis ketika menjawab pertanyaan tentang terwujudnya penindasan AS terhadap syarikat China dengan dalih keselamatan.

Dimaklumkan, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan 'akta membanteras kemudahan telekomunikasi yang tidak boleh dipercayai di seberang laut', dan menggesa Jabatan Negara melaporkan perincian penggunaan tentang apa yang disebut kemudahan telekomunikasi yang tidak boleh dipercayai di kedutaan dan konsulat serta negara sekutunya, di samping menuntut penerbit sekuriti mendedahkan maklumat penggunaan tentang kemudahan yang berikatan dengan kerajaan China dan Rusia.

“Bekas Penanggungjawab Pusat Keselamatan Siber Kebangsaaan Britian berkata baru-baru ini bahawa setelah mengiktiraf Huawei tidak membawa ancaman terhadap keselamatan negaranya pada 2019, kerajaan Britain turut meluahkan keinginan mahu melaksanakan kerjasama dengannya, namun terpaksa melepaskan hasrat itu setelah waklinya menghadapi kecaman geram selama lima jam dari Pengarah Kanan Urusan Asia dari Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih. Kini, AS berniat melazimkan perbuatan memaksa dan membuli itu dengan menggubal peraturan, yang memperlihatkan apa yang disebut ‘tata tertib berasaskan peraturan’ di bibir politikus hanya bertujuan untuk mengaut laba hegemoni sendiri sahaja. Sekutunya seperti Britain pun tidak dapat mengelakkan diri dari penindasan dan pembuliannya. Washington sama sekali tidak peka akan terjejasnya kedamaian dunia dan kerjasama antarabangsa akibat terwujudnya peratuan itu,” kata Zhao.

Bagaimanapun, yang kerajaan China akan buat itu adalah tidak berganjak daripada usaha memelihara hak dan kepentingan perusahaan domestik.

Gaya Hidup