China Tolak Keras Segala Bentuk Keganasan

(CRI)Rabu 01 Februari 2023

China menentang keras segala bentuk keganasan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Beliau menyatakan, Beijing terkejut apabila dimaklumkan mengenai berlakunya insiden letupan di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

“Kami (China) amat berdukacita dan bersedih atas kematian mangsa, dan menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang cedera dan keluarga yang kehilangan orang tersayang,” ujar Mao semasa taklimat harian di Beijing, pada Selasa.

Beliau turut menekankan bahawa China menyokong penuh usaha Pakistan dalam memerangi aktiviti pengganas, mempertahankan kestabilan negara, dan melindungi nyawa dan keselamatan rakyat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan