Tarian Naga Api Sambut Chap Goh Mei

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 Februari 2023
Tarian Naga Api Sambut Chap Goh Mei
Perayaan Tarian Naga Api diadakan semula selepas ditangguh selama 3 tahun. (foto: Fu Huazhou/People.cn)

Pada malam hari ke-11 bulan qamari pertama (1 Februari), pekan Binyang di bandar Nanning, provinsi Guangxi China mengadakan semula pertunjukan tarian naga api selepas 3 tahun. Ramai orang membakar mercun sambil mengadakan pertunjukan tarian naga api, sebagai mogaan baik untuk mendapat limpahan rezeki pada tahun baharu.

Tradisi tarian naga api bersejarah lama di pekan Binyang. Ia merupakan gabungan budaya etnik Han dan etnik Zhuang. Pada setiap hari ke-11 bulan qamari pertama, tarian naga api akan diadakan.

Sejak tahun 2020, disebabkan wabak COVID-19, perayaan Tarian Naga Api Binyang telah digantung selama 3 tahun. Tahun ini, memenuhi harapan orang ramai, perayaan ini diadakan semula. Pada malam hari itu, sebanyak 70 ekor naga api menari di langit pekan Binyang

Perayaan Tarian Naga Api diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan China pada 2008 dan digelar sebagai perayaan warisan budaya tidak ketara kebangsaan China yang terbaik pada 2011.

Gaya Hidup