Pelancong Nikmati Teh Musim Bunga

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 Februari 2023
Pelancong Nikmati Teh Musim Bunga
Foto udara diambil pada 4 Februari 2023 ini menunjukkan pemandangan pekan Shuiman, bandar Wuzhishan, provinsi Hainan, selatan China. (foto: jabatan publisiti Jawatankuasa Perbadanan Parti Komunis China Wuzhishan)

Pesta memetik daun teh musim bunga 2023 berlangsung di pekan Shuiman, bandar Wuzhishan, provinsi Hainan. Dengan menggabungkan budaya, industri dan teknologi teh, sebanyak lima aktiviti bertema dilancarkan yang meliputi memetik teh, membuat teh, meminum teh, menyeduh teh dan berbual-bual tentang teh. Ramai penduduk datang untuk menghirup minuman segar awal musim bunga.

Pekan Shuiman di bandar Wuzhishan merupakan kawasan pengeluaran teh utama di provinsi Hainan, mempunyai tradisi penanaman teh yang lama. Pada Jun 2022, pekan ini diberi kebenaran untuk membangunkan diri sebagai satu pekan berjenama industri teh khusus.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pekan Shuiman menumpu kepada pembinaan industri teh dan memanfaatkan kelebihan sumbernya. Usaha berterusan telah dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran, kualiti dan efisiensi melalui penanaman teh secara hijau, organik dan peka ekologi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan