Xi Beri Kata Semangat kepada Skuad Perubatan di Afrika Tengah

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

Presiden China, Xi Jinping dalam sepucuk surat balasnya kepada Skuad Perubatan China kumpulan ke-19 di Afrika Tengah, menyampaikan salam dan memberi kata semangat serta harapan kepada para anggota malah semua warga perubatan yang bertugas dalam misi bantuan luar di seberang laut.

Dalam surat tersebut, Xi berkata, 'anda sekalian yang perlu mengatasi kesukaran dalam hidup harian, dan dikehendaki berkhidmat untuk rakyat tempatan dengan penuh hati, bukan sahaja bidadari berbaju putih yang memberi bantuan, tetapi juga merupakan utusan persahabatan'.

Xi berharap agar mereka menyemarakkan semangat budiman dan dermawan yang dimiliki skuad perubatan China bagi misi bantuan luar sejak sekian lama, dan menjadi pengisah cerita China yang baik sehingga memberi sumbangan lebih besar bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi kesihatan sesama insan.

Tahun ini ulang tahun ke-60 bermulanya misi bantuan luar yang dilaksanakan skuad perubatan China di seberang laut.

Skuad perubatan China untuk misi bantuan luar yang pertama dihantar ke Algeria pada 1963. Dalam tempoh 60 tahun lalu, China pernah menugaskan 30 ribu orang anggota skuad perubatan ke 76 buah negara dan kawasan di benua Afrika, Asia, Amerika, Eropah dan Oceania, dan memberi perkhidmatan rawatan kepada lebih 290 juta orang pesakit tempatan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan