Situasi COVID-19 Kian Reda di China

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

Situasi COVID-19 kini semakin reda di China, dan tiada peningkatan ketara dalam keupayaan varian virus dari segi kebolehjangkitan, melarikan diri imun, dan patogenisiti dijumpai setakat ini.

Demikian dikatakan jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC), Mi Feng dalam sidang taklimat di Beijing, pada Khamis.

"Sesi pembelajaran baharu sekolah menengah dan sekolah rendah telah disambung semula, sementara kegiatan penanaman musim bunga telah mula dilaksanakan di serata China, " ujarnya.

Menurut Mi, pihak-pihak terlibat perlu bersungguh-sungguh mengawal penularan wabak, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat khususnya golongan warga emas, meningkatkan jaminan barang-barang di kawasan luar bandar, melaksanakan pengurusan grid di komuniti perumahan.

Bagi individu berisiko tinggi, mereka perlu diagnosis dan dirawat dengan segera.

"Kawalan wabak di tempat awam yang penting seperti pusat beli-belah, pasar raya dan pasar tani perlu dipertingkatkan.

"Langkah kawalan wabak di pusat penjagaan warga emas, pusat kebajikan kanak-kanak, tadika dan sekolah perlu diteruskan, manakala penyeliaan kesihatan serta perlindungan terhadap individu berkaitan perlu terus dilaksanakan," tambah Mi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan