Manila Tidak Sabar Sambut Kedatangan Semula Pelancong

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Januari 2023

Keputusan China untuk melonggarkan sekatan perjalanannya di bawah strategi COVID-19 yang dioptimumkan dijangka merangsang industri pelancongan Filipina. Negara Asia Tenggara itu mengalu-alukan kepulangan salah satu sumber pelawat terbesarnya.

Sebelum menularnya COVID-19, China merupakan pasaran pelancongan kedua terbesar untuk Filipina, di mana ketibaan warga dari China mencecah 1.74 juta pada 2019. Pihak berkepentingan industri menyatakan bahawa China bukan sahaja sumber bilangan pelancong yang banyak, tetapi juga yang tinggi perbelanjaannya. Pelancong China telah berbelanja sebanyak AS$2.33 bilion pada 2019, maklum Jabatan Pelancongan Filipina.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, dalam wawancara 8 Januari dengan China Central Television, menjemput pelancong China untuk melawat Filipina sekali lagi "dan dalam jumlah yang lebih besar".

Pelancong China sangat dialu-alukan kerana mereka mempunyai kuasa beli yang kukuh, kata Francis Chua, pengerusi emeritus Dewan Perniagaan dan Industri Filipina. Beliau juga mengaitkan perkembangan pesat ekonomi China dengan peningkatan taraf hidup penduduknya. Beliau memetik bagaimana menteri Thailand secara peribadi menyambut kedatangan pelancong China ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok pada 9 Januari.

"Jika kita boleh menarik lebih ramai pelancong China, ini akan menjadi bantuan penting kepada ekonomi Filipina," kata Chua.

John Paolo Rivera, pengarah bersekutu di Pusat Pelancongan Institut Pengurusan Asia Dr. Andrew Tan di Manila berkata, "magnitud dan liputan" pasaran China adalah penting kepada industri pelancongan Filipina.

"Kita tidak boleh memandang remeh sumbangan pelancong China dari segi perbelanjaan," katanya.

Selepas China memutuskan untuk mengubah strategi kawalan COVID-19, Rivera menjangka permintaan untuk barangan mewah dan hiburan di Filipina juga akan meningkat kerana ramai pelancong China pergi ke Filipina untuk membeli barangan mewah. Beliau berkata, pasaran pelancongan China yang semakin berkembang boleh membawa kepada "pemulihan segera " industri itu.

Rivera menambah bahawa pakatan kerjasama pelancongan Filipina dengan China, yang ditandatangani pada 4 Januari akan meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK Filipina.

Di bawah program kerjasama lima tahun yang ditandatangani semasa lawatan negara Marcos ke Beijing, China dan Filipina telah bersetuju untuk menggalakkan dan menyokong pertukaran pentadbir dan profesional pelancongan masing-masing untuk mengukuhkan pembangunan bersama di hotel, resort, pelayaran makan angin, pelabuhan, produk pelancongan, dan industri lain yang berkaitan serta piawaian kecekapan.

Hasil pertanian Filipina dipamerkan semasa ekspo di Shanghai. (foto: Zhang Wei/China Daily)

Industri mampan

"Selain itu, antara perkara penting dalam pelaksanaan program ini adalah untuk menyokong amalan terbaik dan pengetahuan dalam pelancongan mampan, termasuklah promosi produk dan perkhidmatan mesra alam. Kami juga akan menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur pelancongan dan menyokong perusahaan pelancongan kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam pembangunan projek pelancongan mengikut undang-undang dan peraturan semasa di negara masing-masing," kata Setiausaha Pelancongan Filipina, Christina Garcia Frasco.

Frasco memberitahu bahawa beliau bersyukur atas komitmen dan minat China dalam kerjasama dengan Filipina. Beliau menjangkakan program kerjasama itu akan menjana peluang pekerjaan dan pelaburan besar-besaran merentasi semua sektor pelancongan.

Carmina Romero, pengarah komunikasi korporat di Cebu Pacific berkata, syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Manila itu "agak optimistik" mengenai kepulangan pelancong China ke Filipina.

"Namun apa-apa pertambahan (dalam bilangan pelancong China) akan bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa di kedua-dua pihak. Mudah-mudahan, keadaan akan menjadi lebih jelas pada suku pertama 2023," katanya.

Romero memberitahu bawaha China menduduki 9 peratus daripada kapasiti antarabangsa syarikat penerbangan itu sebelum wabak.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan