China Rancang Lancar Dua Kapal Angkasa Bermanusia Setiap Tahun

(CRI)Khamis 16 Februari 2023
China Rancang Lancar Dua Kapal Angkasa Bermanusia Setiap Tahun

Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) mengumumkan rancangan untuk melancarkan dua kapal angkasa bermanusia serta satu hingga dua kapal angkasa kargo setiap tahun.

Menurut rancangan, kapal angkasa kargo Tianzhou-6 dan kapal angkasa Shenzhou-16 akan dilancarkan pada Mei, diikuti pelancaran Shenzhou-17 yang dijadual pada Oktober.

Ketika misi penerbangan dua kapal angkasa itu, angkasawan akan menjalankan tugas seperti aktiviti luar kenderaan (EVA), eksperimen saintifik dan ujian teknik, pendidikan sains dan lain-lain lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan