Angkasawan China Berjaya Masuk Tianzhou-5

(CRI)Selasa 15 November 2022

Kru kapal angkasa Shenzhou-14, iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe berjaya memasuki kapal kargo Tianzhou-5 pada petang Ahad.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), tiga angkasawan itu akan menjalankan pemindahan kargo dan kerja-kerja lain pada fasa seterusnya.

Tianzhou-5 dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March-7 Y6 dari tapak pelancaran Wenchang, provinsi Hainan pada Sabtu lalu.

Ini merupakan kali pertama angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa menyambut ketibaan kapal kargo.

Gaya Hidup