Xi Ucap Tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-36 menerusi perutusan pada 18 Februari.

Xi menyatakan bahawa hubungan China-Afrika mengekalkan trend perkembangan yang baik pada tahun 2022. Kerjasama antara China dengan Afrika berkembang menuju ke arah menyeluruh, berbilang peringkat dan berkualiti tinggi, dan berada di barisan hadapan kerjasama antarabangsa dengan Afrika.

Beliau komited bekerjasama dengan pemimpin negara-negara Afrika demi mengukuhkan kerjasama muhibah antara China dengan Afrika, meningkatkan koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang bertahap tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan