China, AU Komited Perkasa Kerjasama

(CRI)Jumaat 09 September 2022

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Senegal yang merangkap Pengerusi Bergilir Kesatuan Afrika (AU), Macky Sall saling mengutus perutusan tahniah atas ulang tahun ke-20 tertubuhnya AU dan hubungan diplomatik China-AU.

Xi mengataskan, AU mengetuai negara-negara Afrika melangkah ke depan dalam bekerjasama untuk mewujudkan kemakmuran, pembangunan dan integrasi. Selain itu, AU juga memainkan peranan penting dalam usaha melawan pandemik COVID-19, memelihara multilateralisme dan membela kepentingan bersama negara-negara membangun.

"China memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan dengan AU dan bersedia bersama-sama Presiden Macky Sall dan negara-negara anggota AU untuk menyemarakkan semangat persahabatan dan kerjasama China-AU, melaksanakan sepenuhnya hasil yang dibuahkan dalam mesyuarat peringkat menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afika, sokong-menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras, terus memperluaskan perwakilan dan mempertahankan hak untuk bersuara negara-negara membangun dalam hal ehwal antarabangsa serta memberikan sumbangan baharu terhadap pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu," kata Xi.

Macky Sall pula berkata, AU berpegang kepada prinsip satu China dan tegas menyokong kerjasama dengan China yang bersahabat dengan negara-negara Afrika untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu.

Gaya Hidup