ACCCIM: Kehadiran Pelancong China antara Faktor Positif Ekonomi M'sia Tumbuh

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 22 Februari 2023
ACCCIM: Kehadiran Pelancong China antara Faktor Positif Ekonomi M'sia Tumbuh

Kehadiran pelancong China di Malaysia dijangka memberi manfaat kepada pemulihan sektor pelancongan serta sektor perkhidmatan lain di negara itu, demikian mengikut Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM). Presidennya, Tan Sri Datuk Low Kian Chuan berharap kerjasama ekonomi dan perdagangan antara dua negara dipertingkatkan lagi agar lebih banyak perusahaan China melabur di Malaysia.

ACCCIM melancarkan satu laporan tinjauan mengenai unjuran ekonomi dan perdagangan Malaysia (separuh kedua tahun 2022 dan separuh pertama tahun 2023) pada Isnin lalu. Kata Tan Sri Datuk Low Kian Chuan dengan memetik laporan tersebut, ekonomi Malaysia mungkin memperlihatkan pertumbuhan lebih lemah pada tahun 2023, dan kehadiran pelancong China antara faktor yang positif.

Sebanyak 19.1% daripada perusahaan yang ditinjau yakin bahawa keadaan ekonomi Malaysia akan bertambah baik pada separuh pertama tahun 2023, manakala 20.5% menjangkakan bahawa keadaan akan memburuk.

Menurut laporan tersebut, inflasi, kenaikan kos hidup, peningkatan kos perniagaan, kenaikan kadar faedah dan keadaan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu antara faktor-faktor yang mempengaruhi unjuran ekonomi pada separuh pertama tahun 2023.

Namun, 37.5% daripada yang ditinjau masih optimis dengan keadaan ekonomi Malaysia pada keseluruhan tahun 2023, dan 43.5% lagi berpendapat bahawa keadaan ekonomi tahun ini akan kekal sama seperti tahun lepas. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan