Ekonomi Malaysia Semakin Pulih

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 29 September 2022

Menurut data terkini yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini telah meningkat 8.9% pada suku kedua tahun ini, manakala ekonomi pula meningkat 6.9% pada separuh pertama tahun ini. Ekonomi Malaysia dijangka akan terus pulih pada separuh kedua tahun ini sehingga mencapai matlamat yang ekonomi meningkat 5.3% hingga 6.3%.

Penggunaan domestik rancak dianggap pemacu utama kepada pemulihan ekonomi Malaysia. Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz berkata, permintaan penggunaan yang terjejas akibat pandemik kian pulih. Momentum lantunan penggunaan domestik jauh lebih baik daripada jangkaan.

Situasi pekerjaan di Malaysia semakin baik seiring dengan pemulihan ekonomi. Tambahan peluang pekerjaan telah mencatat 26,000 pada suku pertama tahun ini. Sementara itu, kadar pengangguran menurun hingga 3.9% setakat Jun lalu. Penurunannya dikekalkan dalam tempoh 14 bulan secara berturut-turut.

Pemvaksinan COVID-19 secara besar-besaran dan peningkatan pantas ekonomi Malaysia telah meningkatkan keyakinan pelabur asing. Menurut Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Alan Pryor, pihaknya telah mengatur 127 acara perniagaan antarabangsa dari Ogos 2021 hingga awal 2024. Kebanyakannya adalah simposium pelaburan dan pameran.

Di samping itu, kerajaan Malaysia berusaha mengembangkan ekonomi digital sehingga mengemukakan inisiatif Malaysia Digital. Sehubungan itu, tiga dasar berkenaan dilaksanakan untuk mendorong penggunaan teknologi digital, menyokong pembangunan perusahaan sains teknologi tempatan dan menarik pelaburan yang berkualiti tinggi. Selain itu, Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) telah ditubuhkan bagi menyelaraskan tadbir urus dan pengoperasian inisiatif Malaysia Digital.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus berpendapat bahawa prospek pemulihan ekonomi Malaysia dilihat sangat cerah ekoran sumbangan penggunaan domestik dan prestasi eksport yang kukuh.

Gaya Hidup